Header Ads

Keputusan Capitol One Cup 25 September 2012

Chelsea berjaya mara ke pusingan seterusnya setelah membelasah wakil dari Champion League Wolves 6-0. Tiga gol dalam masa 17 minit pertama melalui Gary Cahill, Ryan Bertrand dan Juan Mata serta satu gol melalui tendangan penalti Oriol Romeu (53), Fernando Torres (58) dan Victor Moses (71) menyaksikan Blues berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Aston Villa pula berjaya mengejutkan Manchester City 4-2 di Eastlands untuk mara ke pusingan keempat Piala Capital One Cup.

Mario Balotelli meletakkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris mendahului pada 27 minit dengan gol pertamanya musim ini, tetapi Villa menyamakan apabila bekas pemainnya, Gareth Barry tertampan bola ke dalam gawang sendiri.


Peminat City terpaksa menunggu lima minit untuk kembali mendahului melalui sepakan percuma Aleksandar Kolarov. Villa tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Gabriel Agbonlahor menjaringkan gol pertamanya sejak Januari hingga membawa permainan ke masa tambahan.

Villa akhirnya berjaya mara menerusi gol-gol jaringan N'Zogbia dan dan Agbonlahor.

Leeds pula berjaya menyerap tekanan lewat dari Everton untuk akhirnya menang 2-1 di Elland Road. Leeds mendahului apabila Aidan White, melepaskan tendangan kencang ke dalam jaring Everton pada minit keempat.

Leeds berjaya menggandakan jaringan apabila sepakan percuma Danny Pugh  di backheel oleh Rodolph Austin 20 minit permainan berbaki. Everton cuba bangkit tetapi jaringan Sylvain Distin tidak mencukupi untuk akhirnya Everton kecundang di tangan Leeds.

Lain-lain keputusan menyaksikan Sunderland menang 2-0 keatas MK Dons melalui jaringan hebat Craig Gardner melalui tendangan bebas gerakan solo dari James McClean, memastikan kemenangan berpihak kepada Sunderland.

Wigan berjaya mengatasi West Ham 4-1 di West Ham. Modibo Maiga memberikan Hammers jaringan pendahuluan tuan rumah tetapi jaringan-jaringan dua gol oleh Mauro Boselli, Ivan Ramis dan tendangan penalti Jordi Gomez memastikan pasukan bimbingan Roberto Martinez berjaya mara ke pusingan seterusnya.

JaringanGarry Monk menyaksikan Swansea berjaya menang 3-2 di Crawley. Jaringan Miguel Michu pada minit ke 27 membolehkan Swansea mendahului sebelum disamakan melalui Josh Simpson sejurus sebelum separuh masa. Crawley berjaya mendahului pada minit 17 separuh masa kedua melalui Hope  Akpan, hanya untuk Swansea menyamakan kedudukan 12 minit kemudian melalui tandukan jarak dekat Danny Graham. Swansea berjaya memenangi permainan dalam masa tambahan apabila Monk  berjaya menanduk masuk bola melalui sepakan sudut Wayne Routhledge .

Jay Rodriguez menjaringkan gol pada minit ke-30 dan penalti 12 minit sebelum permainan tamat untuk membolehkan Southampton menang ke atas Sheffield Wednesday 2-0 di St Mary.

Wakil dari Liga Satu Swindon berjaya ke pusingan keempat dengan kemenangan 3-1 ke atas Burnley dengan gol-gol melalui Paul Benson (19) dan Andy Williams (42) memberikan The Robins 2-0 separuh masa pertama. Walaupun Charlie Austin berjaya menjaringkan gol (74), Troy Archibald-Henville memastgikan kemenangan dengan tujuh minit berbaki.

Middlesbrough menewaskan Preston 3-1 di Deepdale. Dua gol selepas 18 minit melalui Emmanuel Ledesma dan Marouane Zemmama, Boro kemudiannya di beri tekanan hebat apabila Jack King menjaringkan gol Lilywhites lima minit sebelum rehat. Walau bagaimanapun, Richard Smallwood menjarinhgkan gol untuk  Middlesbrough memastikan kemenangan.

Stephen Darby meledakkan gol buat Bradford mara 16 pasukan seterusnya buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun dengan gol lima minit dari akhir masa tambahan untuk kemenangan penuh  dramatik 3-2 terhadap Burton Albion.

Terdahulu, dua gol dalam tempoh enam minit terakhir oleh penyerang antarabangsa BermudaBradford, Nahki Wells membawa permainan ke masa tambahan selepas pelawat mendahului 2-0 melalui Billy Kee dan Harun Webster.
Powered by Blogger.