Keputusan Europa League 21 September 2012

Mahsul Sejahtera
0
Liverpool menang dalam perlawanan pembukaan Liga Europa dalam Kumpulan A kerana mereka menewaskan Young Boys 5-3 dalam perlawanan yang penuh dramatik di Wankdorf StadiumLiverpool berjaya mendahului pada minit keempat selepas gol sendiri oleh Juhaniy Ojala, dengan bola terkena ke muka pertahanan itu dan kemudian melepasi penjaga gol.Young Boys, kembali menyamakan jaringan melalui kesilapan sendiri pemain Liverpool apabila Raphael Nuzzolo berjaya menolak masuk bola berikutan kesilapan Jose Enrique. Tetapi, hanya dua minit kemudian, Reds kembali mendahului apabila  Andre Wisdom menanduk masuk tendangan sudut yang dilakukan oleh Nuri Sahin.Tujuh minit ke separuh kedua, Ojala menyamakan kedudukan sebelum mendahului melalui Eulogio Zarate. Namun Reds kembali mendahului melalui tandukan Sebastian Coates. Pemain gantian  Liverpool Jonjo Shelvey akhirnya memastikan kemenangan berpihak kepada Liverpool dengan menyumbat dua gol untuk mnjadikan keputusan Liverpool 5 dan Young Boys 3.

Juga dalam Kumpulan A, jaringan Antonio Di Natale membantu Udinese seri 1-1 dengan Anzhi Makhachkala dalam pertembungan mereka di Stadio Friuli.
Lain-lain perlawanan menyaksikan  Tottenham seri  tanpa jaringan dengan Lazio. Gergasi Itali itu datang ke White Hart Lane dengan rentetan lima kemenangan, tetapi mereka telah dioutplayed sepanjang perlawanan di White hart Lane.

Dalam Kumpulan J, Maribor berjaya mencapai kemenangan selepas mengatasi Panathinaikos 3-0 dalam pertarungan yang menarik.Newcastle pula hanya mampu seri tanpa jaringan ketika bertemu Maritimo Romain Salin. Juga dalam Kumpulan D, Bordeaux memulakan kempen mereka dengan kemenangan 4-0 ke atas Club Brugge. Ludovic Waras dan Yoan Gouffran memberikan Les Girondins pendahuluan diseparuh masa pertama sebelum pemain gantian Bjorn Engels menambah gol sendiri pada awal separuh masa kedua. Jussie kemudian melengkapkan jaringan dalam pertandingan berat sebelah di Stade Chaban Delmas.
Jaringan Yuto Nagatomo diakhir-akhir permainan mentyelamatkan Inter Milan dalam Liga Europa apabila mereka  seri 2-2 di tempat sendiri menentang Rubin Kazan. Wakil  Rusia mendahului pada minit ke-17 apabila Alexander Ryazantsev menjaringkan gol sebelum berjaya disamakan melalui tandukan Marko Livaja
pada minit 39. Jose Salomon Rondon kemudian menjaringkan gol  untuk Rubin dengan enam minit berbaki, hanya untuk Nagatomo menyamakan kedudukan di saat-saat akhir permainan, dalam kumpulan yang turut menyaksikan perlawanan pembukaan tanpa jaringan antara Partizan dan Neftchi di Belgrade.

Dalam Kumpulan B, juara bertahan Atletico Madrid berjaya mencapai kemenangan 3-0 ke atas Hapoel Tel Aviv di Israel menerusi jaringan Cristian Rodriguez dan Diego Costa serta Raul Garcia.

Academica kembali ke kancah bola sepak Eropah selepas 40-tahun bagaimanapun dikecewakan oleh Viktoria Plzen apabila kecundang 3-1.
Andre Ayew berjaya menjaringkan gol diakhir-akhir permainan untuk menyelamatkan Marseille yang bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menyelamatkan mata dalam kumpulan C apabila perlawanan bertemu Fenerbahce berkesudahan dengan 2-2.

Ketangkasan penjaga gol AEL Limassol Matias Degra, dan penalti Oscar Wendtyang tersasar, menafikan Borussia kemenangan pada penampilan sulung Liga Europa mereka yang berkesudahan dengan 0-0.
Hapoel Kiryat Shmona menunjukkan prestasi yang bersemangat dalam perlawanan pembukaan kempen pertama mereka di peringkat kumpulan Liga Europaapabila berjaya mengikat Athletic Bilbao 1-1. Adrian Rochet memberikan gol pendahuluan untuk juara Israel itu ketika menentang finalis musim lalu di San Mames. Markel Susaeta berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan tuan rumah.


Dalam Kumpulan I, Lyon terpaksa berkerja keras sebelum mencapai kemenangan 2-1 ke atas Sparta Prague, dengan pertahanan Mouhamadou Dabo dihantar ke hospital selepas mengalami kecederaan kepala yang serius.

FC Copenhagen berjaya memperoleh kemenangan dalam perlawanan pembukaan apabila menang 2-1 dalam Kumpulan E terhadap Molde yang dipimpin oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Tandukan lewat Georg Niedermeier menyaksikan Stuttgart menafikan Steaua Bucharest kemenangan pertama ke atas lawan dari Jerman dalam tempoh 55 tahun dalam Liga Europa mereka pembuka Kumpulan E apabila berjaya seri
2-2.

Dalam Kumpulan F, Dnipro berjaya mengatasi PSV dengan kemenangan 2-0 di Ukraine
dengan gol-gol dari Matheus Nascimento dan gol sendiri Atiba Hutchinson. Napoli, kini kedua dalam Serie A, berjaya menang selesa 4-0 ke atas AIK dalam Kumpulan F dengan hatrik dari Eduardo Vargas dan Blerim Dzemaili pada masa kecederaan.

Bayer Leverkusen seri tanpa jaringan di Ukraine apabila bertemu Metalist Kharkiv untuk perlawanan pembukaan Liga Europa Kumpulan K. Dalam kumpulan yang sama, Rapid Vienna mengalami
kekalahan 2-1  kepada Rosenborg.

Hannover dan FC Twente berkongsi mata apabila perlawananberkesudahan seri  2-2, manakala Juanfran menjaringkan gol tunggal Levante untuk mengalahkan Helsingborg
. Tandukan pada minit 22 oleh Jelle Vossen membantu Genkmencapai kemenangan selesa 3-0 ke atas Videoton dalam perlawanan pembukaan Liga Kumpulan G. Dalam perlawanan lain, Sporting Lisbin seri tanpa jaringan menentang Basel.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top