Header Ads

Keputusan UCL 19 sept 2012


Madrid menguasai permainan lebih baik pada separuh pertama, dan City mempunyai penjaga gol, Joe Hart untuk mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengawal gawang sehingga separuh masa.

Dengan tuan rumah terus menguasai tetapi bergelut untuk mencari gol, City yang membuka jaringan terlebih dahulu, dengan Edin Dzeko meledak gol pada minit ke-68 selepas Yaya Toure berjaya melepaskan diri melalui satu serangan balas.

Madrid menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu apabila tendangan Marcelo terkena pemain City sebelum masuk ke gawang, tetapi City kembali mendahului dan kelihatan akan memenangi perlawanan apabila sepakan percuma Aleksandar Kolarov menerjah masuk ke dalam sudut gawang pada minit 85.

BagaimanapunMadrid tidak mengaku kalah dan Karim Benzema menyamakan kedudukan serta-merta sebelum Cristiano Ronaldo menyumbat gol kemenaangan tuan rumah pada 90 minit.


Dalam permainan lain Kumpulan D's, Borussia Dortmund memerlukan gol lewat dari Robert Lewandowski untuk menjamin kemenangan 1-0 ke atas Ajax.

Ia kelihatan seperti pasukan Bundesliga ini akan hanya mampu seri selepas tendangan penalti Mats Hummels separuh masa kedua tidak menepati sasaran, tetapi  penyerang Poland Lewandowski akhirnya berjaya menyumbat gol pada minit ke-87 untuk memastikan kemenangan berharga.

Arsenal pula membuka kempen mereka dengan permulaan yang baik menerusi kemenangan 2-1 di Montpellier.

Arsenal ketinggalan kepada juara Perancis itu apabila Thomas Vermaelen menjatuhkan Younes Belhanda dan pemain yang sama melangkah untuk menjaringkan gol dari sepakan penalti. Walau bagaimanapun, Gunners bangkit dengan cepat, dengan gol  pertama Lukas Podolski dan kemudian Gervinho untuk memastikan kemenangan berpihak kepada The Gunners.

Arsenal terpaksa bertahan selepas diasak bertubi-tubi pada separuh kedua, dengan Remy Cabella mensia-siakan peluang yang terbaik - merembat keluar selepas merampas bola dari Abou Diaby di pinggir kotak penalti. Anthony Mounier juga mendapat peluang tetapi tendangannya lemah, manakala tendangan Cabella pula terkena palang.

Walau bagaimanapun, peluang terbaik telah dilepaskan oleh Belhanda dengan sepuluh minit permainan  berbaki. Beliau mendapat bola dalam kawasan lima ela dan dengan hanya Mannone untuk ditewaskan. Beliau bagaimanapun merembat terus ke dakapan penjaga Arsenal.

Tekanan ke atas bos AC Milan, Massimiliano Allegri meningkat apabila gergasi Serie A  tersebut hanya mampu untuk seri 0-0 di halaman sendiri kepada Anderlecht.

Milan telah membuat satu permulaan yang buruk untuk musim baru sejak membenarkan beberapa nama besar untuk meninggalkan kelab itu, dan tidak ada tanda peningkatan apabila bertemu wakil dari Belgium, dengan peminat tuan rumah mengeboo prestasi tidak menentu pasukan mereka.

Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva, dua bintang besar yang dilepaskan dari San Siro, menepati sasaran apabila Paris Saint-Germain mengaut kemenangan 4-1 ke atas Dynamo Kiev.

Ibrahimovic membuka jaringan menerusi sepakan penalti dan Thiago Silva, membuat penampilan sulungnya, menggandakan kelebihan mereka. Alex kemudian menjadikan kedudukan 3-0, dan manakala Miguel Veloso berjaya mengurangkan defisit, Javier Pastore menambah gol keempat pada masa kecederaan.

Malaga, walaupun ditimpa kegawatan kewangan pada musim panas, meneruskan permulaan yang luar biasa mereka untuk musim baru dengan kemenangan 3-0 ke atas Zenit St Petersburg di La Rosaleda.

Zenit yang membawa masuk Hulk dan Axel Witsel  untuk meningkatkan harapan mereka di Eropah untuk kempen 2012-13, walaupun telah berbelanja besar mendapati diri mereka ketinggalan satu gol dalam masa tiga  minit apabila Isco menjaringkan gol pembuka yang menakjubkan.

Javier Saviola berjaya menambah kelebihan tuan rumah pada minit ke sepuluh  dan, selepas Zenit terlepas pelbagai peluang, Malaga memastikan kemenangan 14 minit sebelaum masa tamat apabila pemain antarabangsa Sepanyol Bawah-21  Isco menjaringkan gol lagi dari jarak jauh.

Schalke memperoleh  kemenangan 2-1 ke atas Olympiakos selepas berjuang berhabis-habisan.

Benedikt Howedes membuka jaringan tuan rumah sejurus sebelum separuh masa dan, selepas gol penyamaan Djamel Abdoun, penyerang Belanda, Klaas Jan Huntelaar berjaya memastikan kemenangan untuk Schalke.

Porto, juara tahun 2004, meraih kemenangan 2-0 ke atas wakil Croatia Dinamo Zagreb.

Pemain tengah, Lucho Gonzalez meletakkan Porto di hadapan empat minit sebelum rehat, sebelum pemain antarabangsa Belgium, Steven Defour meletakkan keputusan di luar keraguan dengan satu gol lagi pada masa kecederaan.

Keputusan penuh

PSG 4-1 Dynamo Kiev | D. Zagreb 0-2 Porto
Montpellier 1-2 Arsenal | Olympiakos 1-2 Schalke
Real Madrid 3-2 Man City | Dortmund 1-0 Ajax
AC Milan 0-0 Anderlecht | Malaga 3-0 Zenit


Powered by Blogger.