Header Ads

Keputusan UCL 20 Sept. 2012

Juara bertahan piala Eropah Chelsea terpaksa berpuas hati dengan seri 2-2 di tempat sendiri ke Juventus selepas kehilangan pendahuluan dua gol di Stamford Bridge.
 

Oscar, yang bermain untuk kali pertama buat Chelsea dalam Piala Eropah, memecah kebuntuan pada 31 minit apabila tendangannya terkena Leonardo Bonucci lalu melencong melepasi penjaga gol Gianluigi Buffon, yang telah membuat penampilan ke 400 untuk Juve.Pemain dari Brazil itu kemudian menyumbat gol keduanya dengan penuh. Menerima hantaran dari Ashley Cole, Oscar kemudiannya berjaya melepaskan diri dari kepungan dua pemain Juve sebelum melepaskan rembatan yang melencong ke penjuru gol. Walau bagaimanapun, pendahuluan dua gol Chelsea hanya bertahan lima minit selepas Arturo Vidal berjaya merembat rendah melepasi Petr Cech.


Manchester United 1-0 Galatasaray
Chelsea 2-2 Juventus
Barcelona 3-2 Spartak Moscow
Celtic 0-0 Benfica
Bayern 2-1 Valencia
Lille 1-3 BATE Borisov

Dengan sepuluh minit berbaki, pemain gantian Fabio Quagliarella berjaya mendapatkan gol kedua Juve selepas bola hantaran  John Obi Mikel berjaya dipintas oleh pemain Juve yang melorongkan bola kepada Quagliarella yang berjaya menolak bolak melepasi Petr Chech. Pasukan pelawat mungkin boleh mendapat gol ketiga enam minit kemudian apabila Quagliarella sekali lagi mendapat peluang merembat dari pinggir kotak penalti, tetapi rembatannya terkena atas palang gol.  

Barcelona terpaksa datang dari belakang sebelum berjaya mengalahkan Spartak Moscow 3-2 di Nou Camp. Barca kelihatan akan mendapat kemenangan mudah apabila tendangan lencong Cristian Tello berjaya menghasilkan gol, tetapi Dani Alves menjaringkan gol sendiri sebelum Romulo memberikan pasukan pelawat dari Russia itu kelebihan pada minit 58 apabila berjaya membuat jaringan dari sudut yang sukar. Walau bagaimanapun, Lionel Messi kemudian menyamakan kedudukan dari jarak dekat dan kemudian, pada minit ke-80, berjaya menanduk masuk bola untuk gol kemenangan pasukannya. 

Manchester United berjaya mengatasi Galatasaray 1-0 . Tuan rumah mendahului pada awal permainan apabila Michael Carrick berjaya melepaskan diri dari penjaga gol Fernando Muslera sebelum berjaya menguis masuk bola ke dalam jaring, tetapi pendahuluan tuan rumah mungkin akan terpadam jika peluang baik yang di perolehi Nordin Amrabat terkena palang. United mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan mereka pada awal separuh kedua apabila Rafael dijatuhkan dalam kawasan penalti, tetapi Muslera menyelamatkan sepakan penalti Nani. Darren Fletcher kemudian membuat penampilan sulung selepas sembuh dari penyakit sebagai pemain gantian. 

Bayern Munich memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Valencia di Allianz Arena. Bayern yang tewas kepada Chelsea dalam perlawanan akhir musim lalu, kembali untuk memenangi apabila Bastian Schweinsteiger dan Toni Kroos meletakkan mereka dua gol sebelum tandukan lewat Nelson Valdez berjaya mengurangkan defisit untuk Valencia. 

Celtic membuat penampilan semula yang positif  dalam Liga Juara-Juara apabila berjaya mengikat pasukan yang berjaya mara ke suku akhir tahun lalu Benfica dengan keputusan seri 0-0 di Parkhead. 

BATE Borisov memperoleh upset kerana mereka berjaya menewaskan Lille 3-1 di Perancis. Alexander Volodko menjaringkan gol pembukaan  pada minit ke enam, dan dua gol lagi daripada Vitaly Rodionov dan Edgar Olekhnovich, juara Belarusia itu telah berjaya wrap-up the game menjelang separuh masa. Aurelien Chedjou mengurangkan defisit dalam separuh kedua tetapi Lille tidak dapat untuk mencar gol kemenangan. 

Shakhtar Donetsk memperoleh kemenangan 2-0 ke atas FC Nordsjælland untuk mendahului kumpulan di hadapan Chelsea dan Juventus dalam Kumpulan E. Henrikh Mkhitaryan menjaringkan kedua-dua gol untuk pemenang Piala UEFA 2009 itu. 

Wakil Romania CFR Cluj berjaya membuat satu kejutan apabila menang 2-0 ke Braga di tempat lawan.Bekas penyerang Braga Rafael Bastos menjaringkan dua gol sementara penjaga gol Mario Felgueiras, yang meninggalkankan kelab Portugis itu pada musim panas ini, berjaya menunjukkan permainan yang penuh inspirasi untuk membantu kemenangan kelab barunya.
Powered by Blogger.