Header Ads

Keputusan Liga Eropah 4 Oktober 2012

Giovanni Pasquale meraikan jaringan ketiga Udinese
Antonio Di Natale menjadi mastermind bagi membantu Udinese bangkit di separuh masa kedua untuk mengalahkan  Liverpool 3-2 di Anfield. The Reds kelihatan akan mencapai kemenangan apabila mereka mendahului melalui Jonjo Shelvey selepas 23 minit tetapi  Di Natale menyamakan kedudukan hanya 35 saat ke dalam separuh kedua.

Kapten Udinese itu kemudiannya melambunghkan bola melalui sepakan percuma yang terkena Sebastian Coates sebelum masuk ke gawang sendiri, dan pemain Itali melengkapkan jaringan  menarik dua minit kemudian apabila Di Natale melorongkan bola kepada Giovanni Pasquale, yang melepaskan tendangan menakjubkan apabila tendangannya dari jarak 25 ela berjaya menewaskan Pepe Reina.

Pemain gantian Luis Suarez berjaya mejaringkan satu lagi gol untuk Liverpool, dan dia serta Raheem Sterling mempunyai peluang baik untuk merampas mata, tetapi disia-siakan untuk membolehkan Udinese mengalahkan Liverpool 3-2di Anfield.

Dua gol daripada Samuel Eto'omembolehkan Anzhi Makhachkala meraih kemenangan 2-0 ke atas Young Boys. Pemain antarabangsa Cameroon, Eto'o menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua untuk memberi kekalahan kedua berturut-turut pada lawan mereka dari Swiss .

Anzhi sebelum ini seri 1-1 dengan Udinese dalam Kumpulan A dalam perlawanan pembukaan mereka, manakala Young Boys telah ditewaskan oleh Liverpool di tempat sendiri dalam perlawanan menarik  yang menghasilkan lapan gol.

Panathinaikos menjaringkan gol penyamaan dilewat permainan untuk  seri 1-1  dengan Tottenham Hotspur dalam Kumpulan J. Michael Dawson, yang peluang bermain dengan pasukan pertama semakin sukar di bawah pengurus baru Andre Villas-Boas, tetapi jaringannya hasil hantaran silang Tom Huddlestone berjaya meletakkan Spurs di hadapan. Walaubagaimana pun kesilapannya kemudian membolehkan Panathinaikos menjaringkan gol penyamaan pada separuh kedua, apabila Toche, berjaya melarikan bola mengatasi Michael Dawson yang kemudiannya menewaskan Hugo Lloris selepas mendapat bola lorongan Seitaridis Giourkas.

Keputusan penuh perlawanan malam tadi adalah seperti berikut:


StatusHomeScoreAwayStageVenue
FT Anzhi Makhachkala 2-0 Young Boys Group A Lokomotiv Stadium (14,000)
FT Liverpool 2-3 Udinese Group A Anfield (40,092)
FT Académica de Coimbra 1-1 Hapoel Tel-Aviv Group B Estadio Cidade de Coimbra (5,667)
FT Atlético Madrid 1-0 Viktoria Plzen Group B Vicente Calderon (20,000)
FT Borussia Monchengladbach 2-4 Fenerbahce Group C Borussia Park (46,279)
FT Marseille 5-1 AEL Group C Stade Velodrome (7,500)
FT Club Brugge 2-0 Maritimo Group D Jan Breydel Stadium (16,000)
FT Newcastle United 3-0 Bordeaux Group D Sports Direct Arena (30,987)
FT Molde 2-0 VfB Stuttgart Group E Aker Stadion (6,000)
FT Steaua Bucuresti 1-0 FC Copenhagen Group E Stadionul Steaua (50,000)
FT AIK 2-3 Dnipro Group F Rasunda Stadion (10,091)
FT PSV Eindhoven 3-0 Napoli Group F Philips Stadion (23,000)
FT FC Basel 2-2 Racing Genk Group G St Jakob Park (14,023)
FT Videoton FC  Fehervar 3-0 Sporting Lisbon Group G Sostoi Stadium (8,000)
FT FK Rubin Kazan 2-0 Partizan Belgrade Group H Tsentralnyi Stadium (9,000)
FT Neftchi 1-3 Internazionale Group H Tofig Bakhramov Republican Stadium (30,000)
FT Hapoel Kiryat Shmona 3-4 Lyon Group I Kiryat-Eli'ezer Stadium (5,000)
FT Sparta Prague 3-1 Athletic Bilbao Group I Generali Arena (13,750)
FT Lazio 1-0 NK Maribor Group J Stadio Olimpico (15,000)
FT Panathinaikos 1-1 Tottenham Hotspur Group J Athens Olympic Stadium (23,000)
FT FC Metalist Kharkiv 2-0 Rapid Vienna Group K OSK Metalist Stadium (40,003)
FT Rosenborg 0-1 Bayer Leverkusen Group K Lerkendal (12,587)
FT Hannover 96 2-1 Levante Group L AWD-Arena (37,000)
FT Helsingborg 2-2 Twente Enschede Group L Olympia Stadion (5,578)
Powered by Blogger.