Michael Schumacher umumkan persaraan dari Formula One

Mahsul Sejahtera
0
Pemandu Petronas Mercedes Michael Schumacher, juara tujuh kali yang menguasai sukan lumba kereta Formula One hampir satu dekad, mengumumkan persaraan beliau pada hari Khamis tanpa sebarang kalungan bunga di lehernya, tetapi dengan pengetahuan bahawa dia telah digantikan oleh pemandu lain yang lebih muda.




Pemandu Jerman yang berusia 43 tahun mendedahkan keputusannya di Suzuka, salah satu litar di mana dia mencapai satu kejayaan besar, hanya beberapa hari selepas diberitahu dia akan digantikan oleh  pemandu McLaren, Lewis Hamilton.

Schumacher mempunyai rekod 91 kemenangan dan merupakan salah satu daripada hanya dua pelumba Formula One untuk mencapai 300 grand prix. Tetapi dia mengakui tenaganya berada "dalam zon merah" dua tahun sebelum kemunculan semula beliau dari persaraan pada tahun 2006.

"Saya mempunyai keraguan pada mulanya samada saya mempunyai tenaga untuk berlumba. Saya berkata pada tahun 2006 bateri saya adalah kosong dan kini saya dalam zon merah, " katanya.

"Saya tidak tahu jika ada masa untuk recharge semula tenaga - tetapi saya tidak sabar untuk menikmati kebebasan saya."

Schumacher memenangi 91 perlumbaan antara 1991 dan 2006, termasuk dua gelaran dunia dengan Benetton pada tahun 1994 - tahun kematian Ayrton Senna dan 1995, dan lima kejayaan berturut-turut  bersama pasukan Ferrari dari tahun 2000-2004.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top