Header Ads

Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 - CONCACAF

Eddie Johnson menjaringkan gol pertamanya untuk Amerika Syarikat sejak 2010 dalam kemenangan 2-1 ke atas Antigua dan Barbuda di pusingan kelayakan Piala Dunia zon CONCACAF. USA  mendahului apabila Johnson menanduk kuat ke arah gol dan bola melangkaui tangan penjaga gol MolvinJames.

Walau bagaimanapun, Antigua dan Barbuda berjaya menyamakan kedudukan apabila Peter Byers berjaya melorongkan  dari sebelah kanan kepada Dexter Blackstock untuk gol penyamaan. Amerika Syarikat kembali mengawal permainan selepas rehat separuh masa, walaubagaimanapun ia mengambil masa sehingga masa kecederaan separuh masa kedua sebelum Johnson menjaringkan gol hasil hantaran silangpemain gantian Alan Gordon. Amerika Syarikat kini perlu menewaskan Guatemala - yang menewaskan Jamaica 2-1 selepas Carlos Ruiz menjaringkan pemenang 85 minit - pada petang Selasa untuk melayakkan diri ke fasa terakhir kelayakan Piala Dunia.

Mexico menag mudah 5-0 ke atas Guyana hasil jaringan Andres Guardado, Javier Hernandez, Oribe Peralta Morones dan Angel Reyna Martinez menjaringkan gol untuk pengunjung, manakala pemain pertahanan, Charles Pollard menjaringkan gol sendiri untuk melengkapkan kemanangan bergaya Mexico.

Kanada mengalahkan Cuba 3-0 di tempat sendiri. Ricketts Tosaint menjaringkan gol untuk Kanada pada separuh pertama sebelum Will Johnson dan David Edgar menambah gol Canada di separuh masa kedua. Jose Cubero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-31 untuk membolehkan Costa Rica menewaskan El Selvador untuk berada ke tempat kedua dalam Kumpulan B.

Sementara itu, Panama kekal di tempat kedua dalam Kumpulan C selepas bermain seri 0-0 dengan Honduras yang menduduki tangga ketiga kumpulan.
Powered by Blogger.