Separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 Kelantan lawan Selangor

Mahsul Sejahtera
0
Kelantan berjaya mengalahkan Selangor 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 yang di adakan di Stadium Sultan Muhammad Kota Bahru sebentar tadi. Gol Kelantan dijaringkan oleh Nurfarhan Muhammad. Nurfarhan yang berjaya merampas bola dari pemain Selangor terus melarikan bola ke kawasan penalti Selangor sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gawang Selangor.

Selangor terpaksa bermain 10 orang apabila pemainnya Rozaimi Abdul Rahman dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain kelantan Nurul Azwan Roya. Bagaimanapun Kelantan gagal memenafaatkan kelebihan bermain dengan lebih seorang pemain. Peluang terbaik Selangor hadir apabila dihadiahkan tendangan percuma di luar kotak penalti. Walau bagaimanapun tendangan Safiq Rahim tidak tepat ke sasaran walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan.


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top