Keputusan perlawanan bolasepak EPL. La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 3 Nov. 2012

Mahsul Sejahtera
0
English Premier League.

Keputusan semalam menyaksikan Mancester United berjaya merampas kedudukan teratas liga selepas menewaskan Arsenal 2-1 di Old Trafford. Dua jaringan oleh Robin Van Persie dan Patrice Evra membantu mereka memenangi perlawanan tersebut.

Chelsea pula hanya mampu seri 1-1 apabila bertemu dengan Swansea dan menyaksikan kedudukan teratas mereka di rampas oleh MU. Gol-gol perlawanan tersebut dijaringkan oleh Victor Moses untuk Chelsea di minit 61 dan Pablo Hernandez membalas jaringan untuk Swansea di minit ke 86.

Keputusan penuh perlawanan adalah seperti berikut:


Manchester United 2-1 Arsenal Old Trafford (75,492)

Fulham 2-2 Everton Craven Cottage (25,699)

Norwich City 1-0 Stoke City Carrow Road (26,072)

Sunderland 0-1 Aston Villa Stadium of Light (41,515)

Swansea City 1-1 Chelsea Liberty Stadium (20,527)

Tottenham Hotspur 0-1 Wigan Athletic White Hart Lane (35,534)

West Ham United 0-0 Manchester City Upton Park (35,005)


La Liga Sepanyol


Tiga gol dalam tempoh 5 minit diseparuh masa pertama menghidupkan perlawanan antara Barcelona dan Celta Vigo. Gol-gol tersebut dijaringkan oleh Adriano minit 21 sebelum dibalas oleh Mario Barmejo pada minit 24. Barca kembali mendahului melaui gol jaringan David Villa di minit 26. Gol ketiga Barca dijaringkan oleh Jordi Alba di minit 60.

4 gol jaringan Gonzalo Higuain dan Angel Di Maria serta Essien dan Luca Modric membantu Real Madrid menaiki tangga ketiga liga serta memberikan kemenangan ke 100 buat pengurus mereka Jose Mourinho.

Málaga 1-2 Rayo Vallecano Estadio La Rosaleda (24,000)

Barcelona 3-1 Celta Vigo Estadio Camp Nou (80,000)

Real Madrid 4-0 Real Zaragoza Estadio Santiago Bernabéu (70,000)

Valencia 2-0 Atlético Madrid Estadio Mestalla (48,000)


Serie A Italy

Inter Milan memusnahkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Juventus apabila berjaya mengalahkan mereka 3-1 di Juventus Stadium, dimana Bianconeri tidak pernah kalah sebelum ini. AC Milan juga menang bergaya 5-1 ke atas Cheivo untuk meningkatkan konfiden mereka menjelang pertemuan Liga juara-juara menentang Malaga selasa ini.

Keputusan penuh perlawanan malam tadi.

 AC Milan 5-1 Chievo Verona San Siro (49,000)

Juventus 1-3 Internazionale Juventus Stadium


Bundesliga

Bayern Munich terus menjarakkan diri dengan kelebihan 7 mata apabila berjaya menggalahkan Hamburg 3-0 sementara saingan terdekat mereka Schalke tewas 3-2 kepada Hoffenheim. Borussia Dortmund pula  hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Stuttgart.

Borussia Dortmund 0-0 VfB Stuttgart Signal-Iduna-Park (80,645)

Borussia Monchengladbach 1-1 SC Freiburg Borussia-Park (47,673)

Hannover 96 2-0 FC Augsburg AWD-Arena (41,200)

Nurnberg 1-0 VfL Wolfsburg EasyCredit-Stadion (37,586)

TSG Hoffenheim 3-2 Schalke 04 Rhein-Neckar-Arena (30,150)

Hamburg SV 0-3 Bayern Munich HSH Nordbank Arena (57,000)


Ligue 1 Perancis

PSG mengalami kekalahan pertama mereka musim ini apabila jaringan sendiri Mamadou Sakho dan jaringan Pierre Emerick Aubameyang menyaksikan St Etienne memperolehi kemenangan ke atas PSG. Lebih memburukkan keaaan apabila penjaring utama PSG Zlatan Ibrahimovic dibuang padang kerana mengasari penjaga gol lawan.

 Paris Saint-Germain 1-2 St Etienne Parc des Princes

Evian Thonon Gaillard 0-2 Lille Parc des Sports, Annecy

Nice 2-1 AS Nancy Lorraine Municipal du Ray

Stade Rennes 1-0 Stade de Reims Stade dele Route--de-Lorient

Troyes 1-1 Montpellier Stade de l`Aube

Valenciennes 3-1 Sochaux Stade du Hainaut
Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top