10 Sebab Kenapa Barcelona Kurang Menyerlah Musim Ini

Mahsul Sejahtera
0
BARCELONA, KOMPAS.com - Barcelona dilihat kurang menyerlah musim ini berbanding musim-musim lalu. Meski hampir pasti mendapatkan gelaran juara Liga BBVA, Blaugrana sudahpun tersingkir dari Copa del Rey.

Bahkan, peluang Barcelona mara ke final Liga Juara-Juara hampir tertutup lantaran kekalahan 0-4 kepada Bayern Muenchen pada pertemuan pertama di Allianz Arena, Muenchen,  Selasa (23/4/2013) lepas.

Ada yang mengganggap Barcelona mempunyai banyak kelemahan musim ini. Media Sepanyol, Marca, menganalisis kelemahan-kelemahan Barcelona. Berikut adalah hasil analisis Marca. Marca menyebut terdapat 10 Sebab Kenapa Barcelona Kurang Menyerlah Musim Ini


  1. Jarangnya rotation skuad.

    Tahap tenaga Barcelona lemah menjelang musim berakhir kerana sistem rotation tak berkesan.

  2. Tito Vilanova tak mempercayai pemain reserve.

    Hanya satu pergantian pemain saat melawan Bayern (pada minit ke-83) dan setelah pasukan tertinggal 0-4.

  3. Reaksi lambat daripada kakitangan pelatih.

    Saat pertandingan berjalan buruk untuk pasukan, kakitangan pelatih tak bertindak balas dengan berkesan untuk mengawal keadaan.

  4. Pembelian kurang tepat.

    Membeli Alex Song, tetapi tak banyak memberikan kesan. Tak menggunakan kesempatan membeli pemain pada transfer musim sejuk.

  5. Tak ada rencana B saat Messi tak berkutik.

    Banyak yang mempercayai pasukan ini sangat bergantung kepada Messi.

  6. Tak ada reaksi memperbaiki kelemahan pasukan musim lalu.

    Pengurusan tertinggi kelab dan kakitangan pelatih memutuskan percaya kepada pemain yang sama. Padahal, Josep Guardiola mengindentifikasi masalah dan perlu memperbaiki bek kanan.

  7. Kecederaan dan keletihan.

    Ada banyak pemain yang cedera panjang, di antaranya saat ini Javier Mascherano dan Carles Puyol. Adriano, Alexis Sanchez, dan Cesc Fabregas sering mengalami masalah kecederaan. Sementara Eric Abidal dan Tito Vilanova mengalami kekangan kesihatan.

  8. Kurangnya kecergasan dan keberkesanan di padang.

    Kelemahan pasukan dalam hal pertahanan di liga telah menjadi masalah yang lebih besar apabila menentang kelab kuat di Eropah.

  9. Perubahan sikap pasukan.

    Salah satu aspek mengenalpasti pasukan adalah tekanan untuk menutup ruang gerak lawan. Sekarang pasukan ini lebih pasif.

  10. Masa depan Víctor Valdes.

    Victor Valdes mengumumkan bahawa ia tidak akan tinggal di kelab setelah 2014. Pengumuman ini telah membuat ketidakselesaan di skuad.

Sumber: KOMPAS

Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top