Hasrat Real Madrid Tidak Kesampaian

Mahsul Sejahtera
0
English: José Mourinho
English: José Mourinho (Photo credit: Wikipedia)
Kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund di Bernabeu tidak cukup untuk menghalang Los Blancos, dan Jose Mourinho, tersinggkir daripada Liga Juara-Juara di halangan separuh akhir bagi tahun ketiga berturut-turut, dengan kekalahan 4-3 pada agregat.

Remontada (kembali, dalam bahasa Inggeris) adalah perkataan yang menjadi buzz sebelum perlawanan di Sepanyol tetapi ia hanya benar-benar bermula tujuh minit sebelum permainan tamat. Pada masa itu ia adalah terlalu lewat untuk Real Madrid.

Borussia Dortmund berjaya mengekang asakan bertali arus Real Madrid di akhir-akhir permainan dan akhirnya berjaya menempah tempat dalam pertandingan akhir Liga Juara-Juara di Wembley.

Madrid, ketinggalan 4-1 dalam perlawanan pertama di Jerman, kelihatan sudah menyerah kalah hinggalah perlawanan berbaki 8 minit dengan dua gol pantas jaringan Karim Benzema dan Sergio Ramos, tetapi Dortmund berdiri teguh di tengah-tengah suasana yang penuh kegilaan untuk mencatat agregat kemenangan 4-3.

-->

Dortmund tidak memunjukkan prestasi hebat seperti yang ditunjukkan minggu lepas tetapi bermain dengan penuh disiplin dengan pasangan centre-back Mats Hummels dan Neven Subotic terutamanya sangat berkesan.

Ia adalah penampilan kedua Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas kemenangan 1997 mereka, dan kali ini ia nampaknya sudah bersedia untuk menjadi perlawanan sesama Jerman, dengan Bayern Munich telah melangkah sebelah kaki ke final dengan aggregat 4-0 ketika menentang Barcelona minggu lepas.

Dan ini mungkin perlawanan terakhir Jose Mourinho memimpin Madrid dalam pertandingan kelab terkemuka di Eropah kerana banyak desas desus mengatakan dia akan kembali ke England musim depan..

Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top