Header Ads

Selangor dan Kelantan Mara Ke Pusingan Kedua Piala AFC

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan mempamer aksi mantap bagi menundukkan wakil Myanmar, Ayeyawady United 3-1 sekaligus menjuarai kumpulan G dengan mengumpul 13 mata, lebih satu mata berbanding SHB Da Nang dari Vietnam, yang berada di tempat kedua.


Gol-gol Kelantan, fijaringkan oleh penyerang import dari Australia, Dimitrios Petratos pada minit ke-42 sebelum pemain pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim menggandakan jaringan pada minit ke-70 menerusi sepakan voli cantik.

Nay Lin Tun mengurangkan defisit menerusi jaringan pada minit ke-80 sebelum kapten pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83 untuk mengesahkan tiga mata penuh milik Kelantan.

Terdahulu, kelab Vietnam itu mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Maziya Sports & Recreation dari Maldives di laman sendiri.



Selangor mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Gabungan Bola Sepak Asia Cup (AFC) selepas menundukkan naib juara Singapura, Tampines Rovers, 3-2 pada perlawanan akhir perlawanan Kumpulan H di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Selasa. Dalam perlawanan di Singapura, pasukan Red Giant memperolehi gol pendahuluan di minit 28 berikutan kesilapan pertahanan tuan rumah, Jufri Taha Muhammad tertampan bola ke gawang sendiri, sebelum Mohd Amri Yahyah menambah gol kedua pada minit ke-45.

Kesilapan kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-50 membolehkan pasukan tuan rumah mengurangkan defisit sebelum Aleksandar Duric menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-58 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Mohd Amri muncul wira skuad Merah Kuning dengan gol kemenangan pada minit ke-76 bagi membolehkan mereka mengiringi Kingfisher East Bengal FC ke pusingan kedua.

Kemenangan itu membolehkan mereka muncul naib juara kumpulan H dengan lapan mata, berkongsi mata dengan Sai Gon Xuan Thanh Vietnam, tetapi mara ke pusingan seterusnya berdasarkan perbezaan dalam jumlah jaringan.

Sebelum ini, kelab Vietnamese itu tewas 1-4 kepada juara kumpulan H, Kingfisher East Bengal FC India di Stadium Salt Lake, Kolkata, India.


Enhanced by Zemanta
Powered by Blogger.