ATM Benam T-Team Untuk Naik Ke Tangga Ke Dua Liga Super

Mahsul Sejahtera
0
Sumber images: http://utusan.com.my
Pasukan ATM berjaya mengalahkan  T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pada perlawanan yang dilangsungkan pada hari Jumaat dan kini hanya ketinggalan satu mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII.

ATM kini mengumpul 27 mata selepas 15 perlawanan, sekali gus memintas Johor Darul Takzim yang mengumpul 25. Walau bagaimanapun ATM telah bermain lebih 1 perlawanan.

Venice Elphi a/k Danny Kaya yang masuk sebagai pemain gantian muncul wira pasukan ATM selepas menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh Irwan Fadzli Idrus pada minit ke-67.

Felda United FC mencapai kemenangan ketiga selepas 15 perlawanan apabila mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),

-->

Pemain import baharu dari Haiti, Leonel Saint-Preux berjaya menghasilkan gol pada minit ke-30, Razali Umar Kandasamy (minit ke-38) dan Rudie Ramli pada minit ke-54 sementara  Paulo Rangel berjaya menjaringkan gol saguhati untuk pasukan Perak menerusi sepakan penalti pada minit ke-43.

Sime Darby FC terus melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 12 perlawanan selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Perlis di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan Karlo Primorac mencipta hatrik menerusi gol pada minit 15, 18 dan 85 (penalti) serta Togaba Kontiwa (minit ke-75). Romdhizat Jamian menjaringkan gol saguhati pasukan pelawat pada minit ke-60.

Di StadiumNegeri. Kuching, pasukan tangga kedua, Sarawak turut mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan apabila menundukkan SPA Putrajaya FC 2-1. SPA mendahului melalui Joel Armel Tchami Ngalaha sebelum Sarawak bangkit dengan dua gol sumbangan Guy Bwele (minit ke-57) dan Bobby Gonzales (minit ke-70).

Gol-gol jaringan   dijaringkan oleh Ezequiel Adrian pada minit ke-18, Juan Muriel Orlando (minit ke-44) dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-50) membolehkan Johor FA mengalahkan Kuala Lumpur 3-1 Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Gol tunggal Kuala Lumpur dijaringkan oleh Khairul Anuar Shafie pada minit ke-41.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka menyaksikan Sabah membelasah wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC 4-1 di  manakala UiTM FC terikat 1-1 menentang Pos Malaysia FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Perlawanan antara Kedah bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini ditunda pada 25 Mei ini di venue yang sama.

Liga Malaysia akan berhenti rehat sementara bagi memberi laluan kepada hari mengundi sempena Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Ahad ini sebelum bersambung semula pada 10 Mei ini.

Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top