Alex Ferguson Tinggalkan MU Dengan Kemenangan

Mahsul Sejahtera
0
chengyo.blogspot.com
Sir Alex Julang Trofi Juara Liga BPL
Manchester United memastikan perlawanan terakhir Ferguson di Old Trafford berakhir dengan kemenangan apabila mengalahkan Swansea 2-1.

Rio Ferdinand berjaya menolak masuk bola dari jarak dekat dengan perlawanan hanya berbaki 5 minit untuk membolehkan penyokong-penyokong MU bersorak keriangan. Ini juga adalah merupakan perlawanan terakhir Paul Scholes, di halaman sendiri sebelum bersara.

Javier Hernandez membuka jaringan hasil kesilapan Ashley Williams sebelum tamat separuh masa pertama tetapi Michu berjaya menyamakan kedudukan sebaik separuh masa kedua dimulakan.

Swansea berjaya mengawal perlawana untuk tempoh 40 minit selepas itu tetapi MU yang berjaya memecah kebuntuan apabila Ferdinand membuat tendangan volley cantik yang terus menerjah gawang lawan.

Sementara itu gol jaringan Emmanuel Adebayor's berjaya menghidupkan peluang Spurs untuk merebut tempat di Liga Juara-juara musim depan apabila berjaya mengalahkan Stoke 2-1 di tempat lawan.

Spurs mendahului Arsenal dengan 2 mata dengan Arsenal kekurangan satu perlawanan di tempat ke empat - bermakna tempat keempat hanya ditentukan pada perlawanan terakhir sekiranya Atsenal tidak berjaya mengalahkan Wigan pertengahan minggu ini.

Gol dari Hatem Ben Arfa dan Yoan Gouffran memadam penalti di awal-awal permainan Loic Remy  untuk membolehkan Magpies mengumpul 41 mata. Dengan Wigan dan Aston Villa - yang akan bertarung pada perlawanan terakhir liga musim ini tidak mampu untuk mengatasi jumlah 41 mata, Newcastle telah memastikan kedudukan mereka adalah selamat.

Norwich juga memastikan mereka akan terus bermain di Liga Perdana musim depan setelah berjaya mengalahkan West Brom  4-0 di Carrow Road.

Sunderland dan Southampton terikat 1-1 di Stadium of Light, membuatkan kedudukan Sunderland masih terumbang ambing.

Perlawanan terakhir David Moyes di gelanggang sendiri sebagai Pengurus  Everton berakhir dengan kemenangan dengan dua jaringan Kevin Mirallas membolehkan Everton mengatasi West Ham 2-0.

Daniel Sturridge berjaya menyempurnakan hat-trick pertamanya di peringkat Senior apabila berjaya membantu Liverpool mengalahkan Fulham 3-1 di Craven Cottage.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top