Barcelona Kecundang Di Gelanggang Sendiri

Mahsul Sejahtera
0
Meski bermain di gelanggang sendiri, Barcelona tidak berdaya untuk bangkit semula selepas tumpas 0-3 kepada Bayern Muenchen pada pusingan kedua semifinal Liga Champions di Stadium Camp Nou, malam tadi. Kekalahan itu sekaligus menyaksikan impian Barcelona ke final musnah kerana Blaugrana kalah agregat 0-7 kepada Bayern.

Barcelona Kecundang Di Gelanggang Sendiri
Pemain Bayern meraikan kemenangan
Kemenangan Bayern juga menyaksikan buat pertama kalinya dua kelab dari Jerman akan bertemu di perlawanan akhir Liga Juara-juara. Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Wembley pada 25 Mei 2013. Terdahulu Dortmund berjaya melangkah kaki ke pentas final selepas menumpaskan satu lagi kelab gergasi dari Sepanyol iaitu Real Madrid dengan aggregate 4-3.

Tiga gol Bayern di jaringkan oleh Robben pada menit ke-49, gol sendiri Gerrard Pique (72), dan gol dari Thomas Mueller (76). Barcelona yang tidak diperkuat oleh ayam tambatannya, Lionel Messi, kelihatan begitu sulit untuk menembusi barisan pertahanan Bayern sepanjang perlawanan. Sementara itu, duet Robbery-julukkan Robben dan Franck Ribery- berjaya menjadi pencipta untuk gol-gol Bayern.



Barcelona sebenarnya sudah mencuba menguasai permainan dari awal permainan. Namun, beberapa kali Bayern juga melakukan serangan cukup rapi yang beberapa kali menciptakan peluang berbahaya.

Pada minit ke-11, misalnya, berawal dari serangan balik, Arjen Robben melakukan hantaran lintang berbahaya dari sisi kanan namun, barisan belakang Barcelona masih tegap menutup pergerakan pemain handalan asal Belanda tersebut.

Sepanjang pertengahan babak pertama ini, barisan tengah kedua pasukan berperanan penting dalam melancarkan serangan masing-masing. Barcelona yang diketuai Xavi Hernandez dan Andres Iniesta terlihat beberapa kali mencuba menembus barisan pertahanan Bayern.

Sementara itu, Bayern terlihat lebih sabar dan banyak melakukan serangan balik pantas memanfaatkan kepantasan Robben dan Franck Ribery dari bahagian sayap. Walau bagaimanapun barisan pertahanan Bayern, Javi Martinez dan Bastian Schweinsteiger, tampil cukup baik saat mengawal pertahanannya dari serangan tuan rumah.

Kesulitan menembusi barisan pertahanan Bayern, Barcelona mulai mencuba tendangan dari luar kotak penalti Bayern. Usaha itu hampir membuahkan hasil pada minit ke-24, bila bola tendangan deras Pedro Rodriguez hampir menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Tiga minit berselang, giliran Xavi Hernandez melihat bola tendangan voli Xavi dari jarak dekat gawang Bayern melambung di atas gawang Bayern.

Barcelona terus menekan pertahanan Bayern namun, barisan belakang Bayern tampil cukup disiplin mengawal setiap pergerakan pemain Barcelona sehingga tamat separuh masa pertama.

Di babak kedua, Bayern langsung tampil mengorak langkah. Perlawanan baru berjalan empat minit, Robben membuat penyokong tuan rumah terdiam setelah berjaya menjaringkan bola ke dalam gawang Valdes pada minit ke-49.

Gol itu memaksa Barcelona mau tidak mau harus menjaringkan enam gol dalam tempoh 40 minit jika mahu layak ke final. Situasi itu membuat pemain Bayern bermain semakin tenang. Meski banyak bertahan, skuad asuhan Jupp Heynckes itu masih mampu menciptakan sejumlah peluang yang dimulai kerja sama pasukan yang cukup baik.

Kesulitan menembus pertahanan Bayern, pemain Barcelona mulai kelihatan kecewa. Keluarnya Xavi pada minit ke-55 membuat beberapa serangan mereka cukup mudah dipatahkan oleh Philipp Lahm dan kawan-kawan.

Hal itu pun dimanfaatkan Bayern. Bermula dari aksi Ribery di sisi kiri, Pique membuat peluang tuan rumah semakin tertutup setelah tertampan bola ke gol sendiri pada menit-72.

Unggul dua gol dengan agregat enam gol, Bayern tak memperlahankan serangan dan pada minit ke 76  Thomas Mueller berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring gol. Gol tersebut dihasilkan dengan memanfaatkan umpan silang Ribery dari sisi kiri.

Walaupun menguasai 60% permainan dengan melepaskan 15 percubaan ke sasaran dengan 4 percubaan tepat ke gol, Barcelona tidak berupaya menjaringkan gol dan akhirnya tumpas di separuh akhir buat dua tahun berturut-turut.


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top