Chelsea Akan Bertemu Benfica Di Perlawanan Akhir Piala Liga Eropah

Mahsul Sejahtera
0
Fernando Torres menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk membolehkan Chelsea ke perlawanan akhir Liga Europa dengan kemenangan 3-1 ke atas Basel.

chengyo.blogspot.comPada perlawanan akhir 15 Mei di Amsterdam nanti, Chelsea akan menghadapi Benfica, yang menewaskan Fenerbahce 3-1 untuk mara dengan agregat 3-2 pada .

Chelsea yang mendahului 2-1 pada perlawanan pertama bagaimanapun diancam terlebih dahulu apabila Mohamed Salah meletakkan kelab Swiss itu dihadapan dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

Tetapi Torres yang menjadi perancang kebangkitan Chelsea pada separuh masa ke dua menyamakan kedudukan pada minit ke-50 dan membantu mencipta gol kedua untuk Victor Moses hanya dua minit kemudian.

David Luiz menjadi penjaring ketiga gol Chelsea melalui satu tendangan yang menakjubkan, meledak bola dari luar kawasan itu pada minit ke-59.

Chelsea layak ke perlawanan akhir kedua di Eropah dalam tempoh dua tahun selepas memenangi Liga Juara-Juara pada 2012.

-->

Benfica mara ke akhir selepas Oscar Cardozo menjaringkan dua gol untuk mengubah defisit 1-0 daripada perlawanan pertama.

Benfica hanya memerlukan sembilan minit untuk menyamakan skor agregat di Lisbon selepas Nicolas Gaitan berjaya menolak masuk bola lintang dari Lima.

Dirk Kuyt menyamakan kedudukan pada minit ke 23 melalui tendangan penalti  selepas Ezequiel Garay terpegang bola di kawasan penalti yang memberikan kelebihan kepada Fenerbahce untuk mara ke perlawanan akhir pertama peringkat Eropah.

Tetapi Oscar menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-35, dan pemain berasal dari Paraguay itu menjaringkan gol
sekali lagi pada minit ke-66

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top