Real Madrid Lambatkan Kejuaraan Barcelona

Mahsul Sejahtera
0
Barcelona perlu menunggu masa lebih lama sebelum disahkan juara Divisyen Primera selepas Real Madrid memusnahkan Malaga yang terpaksa bermain dengan sembilan 6-2 dalam perlawanan kedua terakhir mereka di Bernabeu.

Associated

Enam daripada lapan gol pada perlawanan tersebut tercipta pada 45 minit babak pertama. Malaga terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas Sergio Sanchez mendapat kad merah pada minit ke-21 dan Martin Demichelis juga terkena kad merah pada minit ke-73.

Dengan kemenangan ini Madrid berada di tangga kedua Liga BBVA dengan mata 80, tertinggal lapan mata dari Barcelona. Barca akan  melawan Atletico Madrid pada 12 Mei 2013 dan sekiranya menang, Barca akan dimahkotakan sebagai juara Liga musim ini.

Tuan membuat permulaan yang sempurna apabila Raul Albiol memberikan mereka mendahului selepas hanya tiga minit, tetapi Roque Santa Cruz menyamakan kedudukan pada minit ke 15.

Cristiano Ronaldo berhasil menjaringkan golnya yang ke 200 apabila berjaya menyumbat gol pada minit 26 walaupun sebelum itu dia gagal menjaringkan penalti setelah di kasari oleh Sergio Sanchez pada minit ke 22.

Mesut Ozil pula berjaya menjaringkan gol ke tiga Madrid pada minit ke 33 tetapi Malaga berjaya mengurangkan jurang apabila Vitorino Antunes menjaringkan gol ke dua Malaga di minit 36. Gol Karim Benzema pada minit-minit akhir babak pertama membolehkan Real Madrid mendahului dengan selesa dengan 4-2.

Masuk babak kedua Madrid terus menekan pasukan Malaga dengan asakan demi asakan dan akhirnya di minit 63 Luka Modric menghasilkan gol ke lima Madrid.

Jose Maurinho kemudiannya mengeluarkan Luka Modric dan Karim Benzema untuk digantikan dengan Angel Di Maria dan Gonzalo Higuain.

Usaha Malaga untuk bersaing bertambah sukar apabila Martin Demichelis juga menerima kad merah pada minit ke-73.

Angel Di Maria menambah derita Malaga dengan gol ke enam Madrid di akhir-akhir permainan untuk Madrid meraih kemenangan selesa 6-2.

Sementara itu Atletico Madrid mengesahkan tempat ke Liga Juara-juara secara otomatik dengan menduduki 3 tempat teratas setelah menyingkirkan pasukan yang diambang penyingkiran Celta Vigo 3-1.

Celta berupaya untuk mengimbangi permainan di separuh masa pertama tetapi Atletico berjaya menjaringkan dua gol selepas break Diego Costa di minit 47 dan Juanfran Torres pada minit 66.

Pasukan tuan rumah berjaya merapatkan jurang melalui Augusto Fernandez pada minit 84 tetapi Radamel Falcao memusnahkan kebangkitan Celta apabila menjaringkan gol di minit 86 untuk melengkapkan kemenangan Atletico 3-1.

Keputusan itu bermakna Atletico kini tidak boleh dikejar oleh pasukan tangga keempat Real Sociedad, yang 14 mata di belakang dengan hanya empat perlawanan berbaki.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top