Chelsea Di Ikat Spurs, Tiket Ke Liga Juara-juara Masih Terbuka

Mahsul Sejahtera
0
chengyo.blogspot.com
Sumber image: http://www.soccernet.com
Chelsea diikat 2-2 oleh Tottenham Hotspur padaperlawanan Premier League di Stamfrod Bridge, malam tadi. Dengan keputusan ini. Ini membuat perebutan tiket Liga Juara-Juara semakin panas.

Chelsea, yang mengungguli tangga ketiga dengan 69 mata, hanya unggul dua mata dari Arsenal di tempat keempat. Sementara Spursmengikuti rapat kedua-dua kelab tersebut di peringkat di tangga ke lima dengan  66 mata. Dengan perlawanan masih berbaki 2, kemungkinan pergeseran kedudukan ketiga pasukan ini masih terbuka.

Chelsea tampil menekan semenjak awal laga. Hasilnya, The Blues hanya perlukan 11 minit untuk menembusi gol Spurs melalui  Oscar selepas pemain asal Brazil tersebut menanduk bola hantaran Garry Cahill.

Juan Mata nyaris menggandakan keunggulan pasukannya apabila berjaya melepaskan tendangan dari umpanan yang dilepaskan Cesar Azpilicueta namun tendangannya gagal mengarahkan bola ke sasaran pada minit ke-17.

Berselang tiga minit kemudian, giliran Eden Hazard yang melepaskan ancaman ke gawang Spurs. Namun, tendangan Hazard melencong keluar setelah bola terkena badan Michael Dawson.

-->

Serangan bertubi-tubi yang dilancarkan tuan rumah sayangnya tidak diimbangi dengan kualiti pertahanan. Pada minit ke 26 menyaksikan Emanuel Adebayor berjaya menjaringkan gol pertama spurs.

Gol tersebut walau bagaimanapun tidak mematahkan semangat pemain Chelsea. Mereka terus konsisten menggempur pertahanan musuh. Setelah mensesiakan beberapa peluang, akhirnya Chelsea kembali unggul dengan gol yang dijaringkan oleh Ramires pada minit ke-39.

Gol bermula dari umpan yang dilepaskan Fernando Torres ke dalam kotak penalti Spurs. Ramires tanpa mengawal bola langsung melepaskan volley dengan kaki kanannya melewati  Lloris dan terus menerjah  ke sisi kanan gawangnya.

Chelsea masih dominan menguasai permainan pada babak kedua. Hazard walaupun mempunyai peluang keemasan ketika berjaya menembusi kotak penalti lawan pada minit ke-57. Namun, Hazard terlalu terburu-buru melepaskan tendangan sehingga bola gagal mengenai sasaran.

Empat minit berselang, Mata dengan aksi individunya berjaya menembusi bahagian tengah pertahanan lawan. Dia kemudian memberikan bola kepada Ramires, namun, peluang keemasan tersebut akhirnya terbuang begitu sahaja kerana Ramires terjatuh sebelum mampu menguasai bola.

Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas, melakukan perubahan untuk menyelamatkan pasukannya dari kekalahan dengan memasukkan Gylfi Sigurdsson dan Clint Dempsey pada pertengahan babak kedua.

Perubahan yang dilakukan AVB benar-benar membawa hasil. Sigurdsson menjadi penyelamat bagi Spurs selepas berjaya menjaringkan gol kedua Spurs pada minit ke-80. Di dalam kotak penalti lawan, Adebayor dengan tumitnya berjaya melorongkan bola kepada Sigurdsson yang seterusnya melepaskan tendangan mendatar yang terus menerjah ke sudut kanan bawah gawang Chelsea.

Baki dua perlawanan berikutnya amat penting buat kedua-dua pasukan untuk membolehkan mereka menduduki 4 tangga teratas dan seterusnya melayakkan diri ke Liga Juara-juara. Untuk perlawanan berikutnya Chelsea akan bertemu Aston Villa Sabtu ini di Villa Park diikuti pertemuan di tempat sendiri menentang Everton pada hari Ahad 19 Mei 2013.

Sementara Spurs pula akan bertemu Stoke City di Britannia Stadium pada 12 Mei 2013 dan perlawanan terakir mereka adalah menentang Sunderland di gelanggang sendiri pada 19 Mei 2013.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top