Header Ads

Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013: Dua Bergu Negara Mara Ke Final

Aksi final beregu lelaki Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013 akan menemukan dua pasangan dari Malaysia setelah pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan bertemu Goh V Shem-Lim Khim Wah di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, esok.

Sumber image: http://olahraga.kompas.com
Kien Keat-Boon Heong berjaya menundukkan satu lagi gandingan Malaysia, Mohd Zakry Abdul Latif- Mohd Fairuzizuan Mohd. Tazari dalam perlawanan yang berlangsung sehingga ke rubber set 17-21, 21-14, 21-16 pada separuh akhir hari ini.

Sementara Goh V Shem-Lim Kim Wah pula berjaya menewaskan beregu handalan Indonesia, Alvent Yulianto Chandra-Markis Kido 17-21, 21-12, 21-15.

Bagaimanapun hajat wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita, Goh Liu Ying-Lim Yin Loo untuk beraksi pada perlawanan akhir tidak kesampaian setelah dihalang oleh gandingan Indonesia, Pia Zebadiah Bernadeth-Rizki Amelia Pradipta 15-21, 21-17, 18-21.

-->

Berikut jadual final:

Perseorangan Lelaki:

Goh Soon Huat [MAS]-Alamsyah Yunus [INA/12]

Bergu Lelaki:

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong [MAS/1]-Goh V Shem/Lim Khim Wah [MAS/3]

Perseorangan Perempuan:

Sindhu P. V. [IND/1]-Gu Juan [SIN/5]

Bergu Perempuan:

Pia Zebadiah Bernadeth/Rizki Amelia Pradipta [INA/1]-Aprilsasi Putri Lejarsar Variella/Vita Marissa [INA]

Bergu campuran:

Praveen Jordan/Vita Marissa [INA]-Tan Aik Quan/Lai Pei Jing [MAS/4]

Powered by Blogger.