Lion XII Terus Mendahului Liga Super

Mahsul Sejahtera
0


Lion XII terus mengungguli carta Liga Super apabila berjaya membawa pulang 3 mata penuh ketika perlawanan yang dilangsungkan di Kuala Terengganu petang tadi. Ini merupakan satu-satunya perlawanan Liga Super yang diadakan di sebelah petang hari ini.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ke 2 Lion XII di tempat lawan musim ini.

Pasukan tuan rumah berjaya mendahului pasukan pelawat apabila Ismail Faruqi berjaya menyumbat gol di minit ke 63. Namun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu melalui pemain pertahanan Baihakki Khaizan selepas menanduk masuk sepakan penjuru katua pasukan Shahril Ishak pada minit ke 78. Lion XII berjaya mengutip 3 mata penuh setelah Hasmizan Kamarodin tertanduk masuk gol ke dalam gawang sendiri hasil sepakan percuma Shahril di minit-minit akhir permainan,

Johor Darul Takzim terus mempamerkan aksi longlai apabila tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Marlon Alex James muncul wira skuad 'The Gladiators' dengan dua gol masing-masing pada minit ke-55 dan 63.

Kelantan turut meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Felda United, 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu dengan dua gol jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-32 dan 35 serta kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi pada masa kecederaan.

Pahang gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri selepas hanya mampu terikat seri 2-2 ketika menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Perak turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1. Gol-gol Perak dijaringkan oleh Paulo Rangel pada minit ke-22 dan Azlan Ismail (minit ke-61) sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan antara dua pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS FC berjaya menundukkan T-Team dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah Alam.

Carta Liga Super 8 Mei 2013
chengyo.blogspot.com

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top