Lee Cong Wei |
Rashid Sidek, yang tidak berada di Tokyo, meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara Khamis lalu.
“Berita ini memberikan sedikit impak terhadap permainan saya secara mental. Ia membuatkan saya berasa murung,” kata Chong Wei selepas menundukkan Tago dalam masa 55 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.
“Beliau (Rashid) seorang rakan dan jurulatih yang sudah bekerjasama dengan saya selama 10 tahun. Sebab itu saya berasa sedih beliau terpaksa melepaskan jawatan,” katanya.
Chong Wei menjulang kejuaraan Terbuka Jepun buat kali keempat dan mengekalkan rekod sempurnanya selepas tidak pernah kalah kepada pemain nombor lima dunia Tago dalam 14 pertemuan sejak 2009.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/