Header Ads

Hanya Bergu Wanita Layak Ke Akhir Badminton Sukan Sea Myanmar

Vivian Ho-Woon Khe Wei
Gandingan Vivian Ho-Woon Khe Wei melakar kejutan apabila mara ke perlawanan akhir acara beregu wanita pada Sukan SEA ke-27, Sabtu.

Pada saingan separuh akhir di Stadium Tertutup Wunna Theikdi di sini Jumaat, pasangan negara itu mengenepikan pilihan kedua, Shinta Mulia Sari-Yao Lei dari Singapura 23-21, 17-21, 21-17.

Vivian-Khe Wei, bagaimanapun terpaksa bekerja keras apabila dijadual menentang pilihan utama, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia bagi merebut pingat emas acara berkenaan, esok.

Sementara itu, cabaran negara dalam dua acara beregu lelaki dan satu campuran berakhir selepas mereka tumpas di peringkat separuh akhir untuk sekadar meraih pingat gangsa.

Gandingan Lim Khim Wah-Ow Yao Han dan Goh V Shem-Teo Kok Siang, masing-masing tumpas kepada beregu Indonesia.

Khim Wah-Yao Han tewas kepada Angga Pratama-Ryan Agung Saputro 16-21, 15-21 manakala V Shem-Kok Siang kalah kepada Berry Angriawan-Ricky Suwardi 17-21, 18-21.

Pasangan Tan Aik Quan-Lai Pei Jing pula tersingkir dalam acara beregu campuran selepas tumpas kepada Maneepong Jongjit-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 15-21, 17-21.


Powered by Blogger.