Header Ads

Manchester City 6-3 Arsenal: Pasukan bimbingan Pellegrini beri amaran

Liga Perdana Inggeris

Manchester City berjaya menjaga rekod 100 peratus kemenangan di gelanggang sendiri apabila berjaya menundukkan pendahulu Liga Arsenal dalam perlawanan menarik yang berkesudahan Manchester City 6-3 Arsenal. Dengan tambahan tiga mata membuat City naik dua tangga ke tangga kedua dengan mengumpul 32 mata, tertinggal tiga mata dari Arsenal yang masih di tangga teratas .

City unggul terlebih dulu hasil gol yang diciptakan Sergio Aguero pada minit ke - 14. Aguero berjaya melepaskan tendangan cantik yang sangat kencang selepas menerima bola dari umpan kepala Martin Demichelis.

Theo Walcott berjaya menyamakan kedudukan di minit 31. Gol terhasil dari kerja keras Jack Wilshere yang merebut bola dari kaki Toure. Setelah berjaya, Wilshere dengan cepat menghantar bola kepada Mesut Ozil. Oezil kemudian menolak bola yang disambut Walcott dengan sepakan keras. Penjaga gol Costel Pantelimon hanya boleh terpaku melihat bola meluncur di sisi kirinya.

Senarai penjaring Mancester City
  • Sergio Agüero (14')
  • Álvaro Negredo (39')
  • Fernandinho (50')
  • David Silva (66')
  • Fernandinho (88')
  • Yaya Touré (PEN 90 + 6')
Senarai penjaring Arsenal
  • Theo Walcott (31')
  • Theo Walcott (63')
  • Per Mertesacker (90 + 4')

Powered by Blogger.