Header Ads

Bola Rasmi Piala Dunia 2014, Brazil


Berita Sukan Semasa

Sekali dalam tempoh 4 tahun, adidas akan mengeluarkan bola untuk kejohanan piala Dunia. Brazuca adalah bola rasmi yang akan digunakan sepanjang kejohanan yang berlangsung di Brazil nanti. Sudah tentu bola ini telah mendapatkan kelulusan dari FIFA dan memenuhi semua keperluan Program Kualiti Bola FIFA.

Direka untuk kuasa, kawalan dan lencongan yang tak pernah dilihat sebelum ini, Brazuca adalah premium match ball yang menggunakan high-end material pada cover, backing dan bladder untuk menentukan prestasi yang unggul.

Warna bertenaga yang terdapat pada bola diambil dari warna-warna bendera Brazil dan juga warna logo rasmi Piala Dunia FIFA. Wish bands berwarna warni pada pakaian penduduk tempatan di terapkan melalui penggunaan warna-warna pada bola.

Adidas menghabiskan 2 tahun untuk membangun dan memperhalusi bola tersebut menjadikannya bola yang diuji paling lama dalam penciptaan bola oleh Adidas. Brazuca bermaksud "Brazilian" atau mewakili cara hidup orang brazil.

Brazuca menggunakan six-panel design yang meningkatkan simetri, keseragaman dan kecekapan.

Brazuca COVER: 6 panel premium PU yang di cantumkan untuk mengurangkan penyerapan air dan bulat sepenuhnya. Brazuca BLADDER: Getah untuk rebound yang excellent.

Powered by Blogger.