Header Ads

Atletico Madrid akhiri penguasaan Barcelona

Diego Costa. Attribution: Carlos Delgado
Atletico Madrid memastikan diri sebagai juara Primera Division 2013-14 apabila berjaya seri 1-1 dengan Barcelona di Camp Nou, malam tadi. Ini adalah gelaran kesepuluh Atletico selepas terakhir kali meraihnya pada musim 1995-96.

Pada pertandingan tersebut, Atletico tertinggal lebih dulu melalui jaringan cantik Alexis Sanchez pada minit ke-33. Mereka berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan Diego Godin pada minit ke-49.

Atletico memungut 90 mata, lebih tiga mata berbanding Barcelona. Atletico masih berpeluang menambah satu gelaran lagi pada musim ini kerana mereka ada satu lagi final melawan Real Madrid di kejuaran Liga Juara-Juara pada Sabtu (24/5/2014).
Powered by Blogger.