China terus unggul - juarai Piala Uber kali ke 13

Mahsul Sejahtera
0
Pasukan China berjaya mempertahankan gelaran juara Piala Uber selepas mengalahkan Jepun, 3-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Siri Fort Indoor Stadium, New Delhi, India. Kemenangan pasukan Cina dipastikan apabila Zhao Yunlei / Wang Xiaoli berjaya mengalahkan Miyuki Maeda / Reika Kakiiwa, 21-13 , 21-6.

China bermula dengan baik apabila pemain unggul mereka Li Xuerui berjaya mengalahkan Minatsu Mitani, 21-15 , 21-5.

Jepun bagaimanapun berjaya membuat kejutan apabila bergu mereka Misaki Matsutomo / Ayaka Takahashi berjaya mengalahkan Bao Yixin / Tang Jinhua , 21-18 , 21-9 untuk membolehkan Jepun menyamakan kedudukan, 1-1 .

Walau bagaimanapun perlawanan seterusnya di dominasi China melalui kemenangan Wang Shixian atas Sayaka Takahashi untuk memastikan China unggul 2-1. Dan akhirnya, Zhao / Wang memastikan China menang 3-1 dan meraih gelaran Piala Uber ke - 13 sepanjang sejarah pengelibatan mereka.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Uber - China 3-1 Jepun

Li Xuerui vs Minatsu Mitani [ 21-15 , 21-5 ]

Bao Yixin / Tang Jinhua vs Misaki Matsutomo / Ayaka Takahashi [ 18-21 , 9-21 ]

Wang Shixian vs Sayaka Takahashi [ 21-16 , 21-12 ]

Zhao Yunlei / Wang Xiaoli vs Miyuki Maeda / Reika Kakiiwa [ 21-13 , 21-6 ]

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top