Header Ads

Piala Thomas - Malaysia berjaya ke separuh akhir

Pasangan bergu Malaysia

Taktik Malaysia meletakkan kombinasi yang tidak tetap Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (atas) sekali lagi berhasil apabila berjaya membantu Malaysia mengatasi Denmark 3-1. Chong Wei Feng memenangi perlawanan keempat berturut-turut untuk membantu Malaysia mendahului Denmark 2-1. Denmark yang menurunkan bergu handalan mereka Carsten Mogensen dan Joachim Fischer Nielsen bagaimanapun berjaya dijjinakkan oleh gandingan baru Malaysia yang sedang memuncak prestasi mereka apabila berjaya memaparkan taktikal yang lebih baik.

"Semua taktik dan perancangan dilakukan oleh jurulatih kami," kata Tan Wee Kiong. "Saya rasa Fischer dan Mogensen agak gugup hari ini."

Dengan kemenangan ini Malaysia akan bertemu Indonesia yang berjaya menundukkan Pasukan Korea 3-2 dalam satu lagi persaina di peringkat suku akhir. Sekiranya menang Malaysia akan bertemu samada Cina atau Jepun yang akan berentap dalam satu lagi perlawanan peringkat suku akhir semalam.

SUKU AKHIR PIALA THOMAS (MALAYSIA 3 DENMARK 1)

Single pertama
Set 1 Set 2 Set 3
Lee Chong Wei 20 21 21
Jan O Jorgensen 22 14 17

Double Pertama
Set 1 Set 2 Set 3
Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong 14 18
Mads Pieler Kolding/Mads Conrad Petersen 21 21

Single Kedua
Set 1 Set 2 Set 3
Chong Wei Feng 19 21 21
Hans-Kristian Vittinghus 21 14 8

Double kedua
Set 1 Set 2 Set 3
Goh V Shem/Lim Khim Wah 21 21
Carsten Morgensen/Joachim Ficher Nielsen 19 13

Single ketiga
Set 1 Set 2 Set 3
Liew Daren

Viktor Axelsen


Powered by Blogger.