Datuk Lee Chong Wei |
Kemenangan Malaysia ini jelas jadi kejutan besar kerana di atas kertas Indonesia yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang.
Kemenangan Lee Chong Wei atas Tommy Sugiarto pada perlawanan pertama bukanlah kejutan. Kejutan besar berlaku pada perlawanan kedua. Mohammad Ahsan / Hendra Setiawan yang diharapkan oleh pasukan Indonesia untuk menyumbang mata pertama tewas kepada gandingan, Tan Boon Heong / Hoon Thien How, 19-21 , 21-8 , 21-23.
Chong Wei Feng yang turun pada perlawanan ketiga memastikan Malaysia melangkah ke final selepas mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka dengan 21-10, 21-17.
Tan Boon Heong mengakui bahawa salah satu kunci kemenangan mereka mengalahkan Indonesia adalah bermain tanpa kenal takut.
"Kami tidak takut ketika bermain dan menyerang walaupun mereka ( Ahsan / Hendra ) sudah dekat dengan kemenangan. Semangat juang kami sangat tinggi dan kami tidak terbeban kerana Chong Wei sudah memenangi parti pertama," jelas Tan selepas pertemuan menentang Ahsan / Hendra.
Lee Chong Wei mengakui fokus utama adalah untuk memberi Malaysia permulaan yang bagus. Selanjutnya, Malaysia akan bertemu Jepun yang berjaya mengejutkan Cina di perlawanan akhir yang akan dilangsungkan Ahad ini.
Keputusan ini sekaligus membolehkan Malaysia membalas kekalahan ke atas Indonesia selepas pertemuan terakhir pada suku akhir Piala Thomas 2004 di Jakarta. Ketika itu Indonesia menang 3-1.
SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS (MALAYSIA 3 INDONESIA 0)
Single pertama
Set 1 | Set 2 | Set 3 | |
Lee Chong Wei | 21 | 21 | |
Tommy Sugiarto | 19 | 13 |
Double Pertama
Set 1 | Set 2 | Set 3 | |
Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong | 14 | 18 | |
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan | 21 | 21 |
Single Kedua
Set 1 | Set 2 | Set 3 | |
Chong Wei Feng | 21 | 21 | |
Dionysius Hayom Rumbaka | 10 | 17 |
Double kedua
Set 1 | Set 2 | Set 3 | |
Goh V Shem/Lim Khim Wah | |||
Ryan Agung Saputra/Angga Pratama |
Single ketiga
Set 1 | Set 2 | Set 3 | |
Liew Daren | |||
Simon Santoso |