Header Ads

Rosberg raih kemenangan kedua di Monaco

Photo used under Creative Commons from Morio
Nico Rosberg meraih kemenangan keduanya musim ini selepas berjaya menduduki tangga pertama pada siri keenam di Monaco, semalam. Kemenangan ini membolehkan Rosberg kembali sebagai pendahulu snarai pelumba 122 mata.

Rosberg melakukan start dengan baik dari pole position. Sementara itu, Daniel Ricciardo, yang bermula dari kedudukan ketiga, jatuh ke urutan kelima di belakang Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen, serta di depan Fernando Alonso. Lewis Hamilton mengekori rapat Rosberg dari kedudukan kedua .

Safety car keluar selepas kemalangan Sergio Perez . Perlumbaan berterusan selepas safety car masuk pada akhir lap ketiga. Rosberg meneruskan perlumbaan di tempat pertama. Sementara itu Vettel mengalami masalah pada keretanya dan harus masuk pit. Raikkonen naik ke kedudukan ketiga, disusul Ricciardo dan Alonso.

Rosberg mencatat pusingan terpantas, 1 minit 20,461 saat, tetapi Hamilton terus mengekorinya dengan perbezaan hanya 0.7 saat. Sementara itu, Vettel harus menamatkan perlumbaan kerana keretanya tak dapat di baiki walau telah mendapat beberapa perubahan setting.

Rosberg dan Hamilton bersaing rapat, dan menjaga jarak dari Raikkonen dan Ricciardo yang berebut kedudukan ketiga.

Pada lap ke - 26, safety car keluar lagi berikutan insiden yang dialami Adrian Sutil saat keluar dari terowong. Kesempatan ini diambil oleh Jenson Button untuk masuk ke pit, begitu juga dengan Rosberg, Hamilton, Raikkonen, Ricciardo, dan Alonso.

Rosberg melakukan overlap terhadap semua pelumba, kecuali Alonso, Hamilton, dan Ricciardo. Satu pusingan awal akhir perlumbaan, Rosberg terus mendahului 8.8 saat atas Hamilton dan berjaya mempertahankan kedudukannya hingga ke garis penamat dengan Hamilton di kedudukan kedua, disusuli Ricciardo di kedudukan ketiga . Alonso menyusul di kedudukan keempat .

Ini adalah gelaran kedua Rosberg pada musim 2014 selepas siri pertama di Australia. Ini juga gelaran keduanya di Monaco secara berturut - turut.

Hasil GP Monaco, ( 25/5/2014 ):

1 . Nico Rosberg Germany Mercedes - Mercedes1hr 49m 27.661s 78 laps
2 . Lewis Hamilton Britain Mercedes - Mercedes +00 m 09.2s
3 . Daniel Ricciardo Australia Red Bull - Renault +00 m 09.2s
4 . Fernando Alonso Spain Ferrari - Ferrari +00 m 32.4s
5 . Nico Hulkenberg Germany Force India - Mercedes +1 lap
6 . Jenson Button Britain McLaren - Mercedes +1 lap
7 . Felipe Massa Brazil Williams - Mercedes +1 lap
8 . Romain Grosjean France Lotus - Renault +1 lap
9 . Jules Bianchi France Marussia - Ferrari +1 lap
10 . Kevin Magnussen Denmark McLaren - Mercedes +1 lap
11 . Marcus Ericsson Sweden Caterham - Renault +1 lap
12 . Kimi Raikkonen Finland Ferrari - Ferrari +1 lap
13 . Kamui Kobayashi Japan Caterham - Renault +3 laps
14 . Max Chilton Briton Marussia - Ferrari +3 laps

Rtd . Esteban Gutierrez Mexico Sauber - Ferrari
Rtd . Valtteri Bottas Finland Williams - Mercedes
Rtd . Jean - Eric Vergne France Toro Rosso - Renault
Rtd . Adrian Sutil Germany Sauber - Ferrari
Rtd . Daniil Kvyat Russia Toro Rosso - Renault
Rtd . Sebastian Vettel Germany Red Bull - Renault
Rtd . Sergio Perez Mexico Force India - Mercedes
Rtd . Pastor Maldonado Venezuela Lotus - Renault

Fastest lap :
Kimi Raikkonen Finland Ferrari - Ferrari 1m 21.146s lap 41

Powered by Blogger.