David Moyes Sah Gantikan Alex Ferguson

Mahsul Sejahtera
0
chengyo.blogspot.com
Associated Press
Kekosongan jawatan Pengurus Di Manchester United tidak lama apabila hari ini MU mengesahkan perlantikan David Moyes sebagai pengurus barunya beemula 1 Julai 2013 ini.

Moyes, 50, sememangnya menjadi pilihan utama Ferguson untuk menggantikannya, Kedua-duanya berasal dari Scotland dan mempunyai hubungan yang amat rapat, dimana pernah satu ketika Ferguson cuba membawa Moyes sebagai pembantunya di MU.

Sekarany Moyes akan cuba untuk mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh Ferguson, 71, yang mengumumkan persaraannya pada hari Rabu lalu setelah menerajui MU untuk memenangi 38 piala sepanjang 27 tahun bersama MU. Satu pencapaian yang amat sukar untuk di tandingi. Ferguson akan kekal bersama MU dengan memegang peranan sebagai eksekutif yang antara lain tugasnya adalah proses memilih Moyes yang bersetuju dengan kontrak selama 6 tahun.

Walaupun tidak pernah memenangi trofi ketika bersama Everton, tetapi Moyes berjaya mengekalkan Everton di kelompok atas liga perdana. Pada tahun 2005 Everton berjaya melangkah ke pusingan kelayakan Liga Juara-juara, dan pada tahun 2009 Everton berjaya ke Final Piala F.A tetapi tewas kepada Chelsea.

Antara beberapa perubahan yang ketara di hadapi oleh Moyes adalah budget yang tiada had di MU berbanding di Everton di mana beliau terpaksa nmenjual pemain sebelum membeli pemain baru. Antaranya adalah Wayne Rooney, yang dijual kepada United, pada tahun 2004.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top