Lionel Messi, Franck Ribery dan Cristiano Ronaldo Di Senarai Pendek Untuk Anugerah Ballon d'Or 2013

Mahsul Sejahtera
0
Photo used under Creative Commons fromBen Sutherland
FIFA dan majalah France Football mengumumkan pada Isnin senarai pendek tiga pemain untuk Ballon d'Or tahun ini. Tiga pemain yang telah disenaraipendek untuk anugerah itu tahun ini ialah Lionel Messi, Franck Ribery dan Cristiano Ronaldo untuk merebut anugerah itu.

Messi dari Argentina telah memenangi anugerah untuk empat kali berturut-turut manakala Ronaldo dari Portugal memenangi anugerah itu pada 2008. Dan Ronaldo telah dilihat sebagai pilihan untuk memenangi anugerah tahun ini berikutan prestasi kukuh beliau dalam pasukan kebangsaan dan juga di kelab Real Madrid.

Ribery dari Perancis sudah dinamakan Pemain Eropah terbaik musim ini apabila membantu Bayern Munich memenangi Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman musim lalu.

Ballon d'Or akan diadakan di Zurich pada 13 Januari 2014.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top