Suarez Gemilang, Liverpool Belasah Spurs 5-0 Di Tempat Lawan

Mahsul Sejahtera
0
Luis Suarez
Penyerang Luis Suarez menjaringkan dua gol dan dua assist yang ikut membawa Liverpool menang 5-0 atas Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, malam tadi. Dengan kemenangan itu, Liverpool melonjak ke tangga dengan 33 mata, kurang 2 mata berbanding pendahulu Arsenal.

Pesta gol Liverpool bermula dengan gol Suarez pada minit ke-18. Dengan kaki kirinya, Suarez merembat bola hantaran Jordan Henderson dari tengah kotak penalti ke sudut kanan bawah gawang.

Henderson kemudian turut tersenarai sebagai penjaring pada minit ke-40 apabila berhasil menembusi gawang tuan rumah dengan tendangan kaki kanan dari tengah kotak penalti, memanfaatkan umpanan Suarez.

Pada minit ke-63, Tottenham kehilangan Paulinho. Pemain tengah asal Brazil itu diberikan kad merah setelah dilihat melanggar Suarez. Liverpool memenafaatkan kel;ebihan itu dengan menjaringkan tiga gol lagi menerusi (75') John Flanagan (84') Luis Suárez dan (89') Raheem Sterling.

Manchester United berjaya meraih kemenangan 3-0 atas Aston Villa dalam lanjutan Premier League di Stadium Villa Park, Birmingham, dengan Danny Welbeck menjaringkan dua gol, manakala satu gol lain disumbangkan Tom Cleverley.

Kemenangan ini turut membolehkan MU naik satu kedudukan ke kedudukan ke-8 liga Premier League dengan 25 mata. MU tertinggal sepuluh mata dari pendahulu, Arsenal.

MU memulakan perlawanan dengan tempo permainan cepat. Barisan tengah MU dikendalikan Cleverley dan Ryan Giggs. Barisan serangan pula tertumpu kepada kuartet Wayne Rooney, Adnan Januzaj, Antonio Valencia, dan Welbeck.

Sementarab itu Gary Hooper menjaringkan satu gol yang cukup menarik dari jarak 25 ela untuk membolehkan Norwich seri 1-1 dengan Swansea di Carrow Road, di mana pemain Swansea Nathan Dyer kelihatan telah mengalami kecederaan buku lali yang serius selepas sebelum ini meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke 12.


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top