Piala Thomas - Malaysia berjaya ke perlawanan akhir

Mahsul Sejahtera
0
Datuk Lee Chong Wei
Penantian pasukan Malaysia selama 12 tahun berakhir sudah. Untuk kali pertama selepas 2002 mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas setelah mengalahkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan separuh akhir di Siri Fort Indoor Stadium malam tadi.

Kemenangan Malaysia ini jelas jadi kejutan besar kerana di atas kertas Indonesia yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Kemenangan Lee Chong Wei atas Tommy Sugiarto pada perlawanan pertama bukanlah kejutan. Kejutan besar berlaku pada perlawanan kedua. Mohammad Ahsan / Hendra Setiawan yang diharapkan oleh pasukan Indonesia untuk menyumbang mata pertama tewas kepada gandingan, Tan Boon Heong / Hoon Thien How, 19-21 , 21-8 , 21-23.

Chong Wei Feng yang turun pada perlawanan ketiga memastikan Malaysia melangkah ke final selepas mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka dengan 21-10, 21-17.

Tan Boon Heong mengakui bahawa salah satu kunci kemenangan mereka mengalahkan Indonesia adalah bermain tanpa kenal takut.

"Kami tidak takut ketika bermain dan menyerang walaupun mereka ( Ahsan / Hendra ) sudah dekat dengan kemenangan. Semangat juang kami sangat tinggi dan kami tidak terbeban kerana Chong Wei sudah memenangi parti pertama," jelas Tan selepas pertemuan menentang Ahsan / Hendra.

Lee Chong Wei mengakui fokus utama adalah untuk memberi Malaysia permulaan yang bagus. Selanjutnya, Malaysia akan bertemu Jepun yang berjaya mengejutkan Cina di perlawanan akhir yang akan dilangsungkan Ahad ini.

Keputusan ini sekaligus membolehkan Malaysia membalas kekalahan ke atas Indonesia selepas pertemuan terakhir pada suku akhir Piala Thomas 2004 di Jakarta. Ketika itu Indonesia menang 3-1.

SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS (MALAYSIA 3 INDONESIA 0)

Single pertama
Set 1 Set 2 Set 3
Lee Chong Wei 21 21
Tommy Sugiarto 19 13

Double Pertama
Set 1 Set 2 Set 3
Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong 14 18
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 21 21

Single Kedua
Set 1 Set 2 Set 3
Chong Wei Feng 21 21
Dionysius Hayom Rumbaka 10 17

Double kedua
Set 1 Set 2 Set 3
Goh V Shem/Lim Khim Wah
Ryan Agung Saputra/Angga Pratama

Single ketiga
Set 1 Set 2 Set 3
Liew Daren

Simon Santoso



Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top