Perseorangan Dan Beregu Lelaki Negara Sah Dalam Final GP Emas Terbuka Malaysia 2013

Mahsul Sejahtera
0
Pemain pelapis bimbingan Hendrawan ternyata lebih menyerlah pada GP Emas Terbuka Malaysia apabila dua perseorangan lelaki negara yang beraksi di suku akhir semalam, mara ke separuh akhir, kejohanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.
chengyo.blogspot.com
Sumber Gambar: http://www.utusan.com.my

Goh Soon Huat, 23, lebih dulu menempah tempat ke separuh akhir selepas menang ke atas pemain berpengalaman Hong Kong, Chan Yan Kit 21-17, 21-15.

Sebelum itu pada pusingan ketiga sebelah pagi, dia mengejutkan pemain nombor dua Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18, 21-13.

Pada saingan separuh akhir esok, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan menentang Goh Soon Huat apabila masing-masing melepasi peringkat suku akhir hari ini. Iskandar Zulkarnain menang selepas pemain India, Gurusaidutt R. M. V. terpaksa menarik diri kerana cedera ketika ketinggalan 2-5 pada set kedua selepas kalah set pertama 19-21.

-->

Begitupun Liew Daren kecundang kepada pemain muda China, Chen Yueken 10-21, 20-22, sekali gus tiada perseorangan elit negara beraksi di separuh akhir kali ini.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, pemain China, Chen Yuekun akan bertemu pemain Indonesia, Alamsyah Yunus.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan vateran negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan bertemu beregu senegara Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari pada peringkat separuh akhir.

Koo/Tan yang juga merupakan pilihan utama kejohanan berjaya mengalahkan beregu Thailand Bodin Issara/Pakkawat Vilailak 21-16, 21-7 pada peringkat suku akhir manakala Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan berjaya ke separuh akhir setelah mengatasi beregu senegara Chow Pak Chuu/Tan Bin Shen dengan keputusan 25-27, 21-12, 21-12.

Dalam acara beregu campuran, dua wakil negara layak ke separuh akhir apabila Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mengalahkan gandingan China, Lu Kai/Yu Lou dengan keputusan 21-12, 21-19 manakala Tan Aik Quan/Lai Pei Jing menumpaskan beregu Hong Kong, Chan Yun Lung/Tse Ying Suet dengan 25-27, 21-16, 21-18.

Tiada wakil Malaysia dalam separuh akhir acara perseorangan wanita apabila Tee Jing Yi tewas kepada pemain Thailand Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 22-20, 21-13.

JADUAL SEPARUH HARI INI:

Perseorangan Lelaki:

Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) mln Goh Soon Huat (MAS)

Chen Yuekun (CHN) mln Alam Syah Yunus (INA)

Perseorangan Wanita:

Sindhu P.V. (IND) mln Sapsiree Taerattanachai (THA)

Gu Juan (SIN) mln Busanan Ongbumrungpan (THA)

Beregu Lelaki:

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) mln Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fariuzizuan Mohd Tazari (MAS)

Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) mln Alvent Yulianto Chandra/Markis Kido (INA)

Beregu Wanita:

Pia Zebadiah Bernadeth/Rizki Amelia Pradipta (INA) mln Goh Liu Ying/Lim Yin Loo (MAS)

Aprilsasi Putri Lejarsar Variella/Vita Marissa (INA) mln Vanessa Neo Yu Yan/Yao Lei (SIN)

Beregu Campuran:

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) mln Jordan Praveen/Vita Marissa (INA)

Tan Aik Quan/Lai Pei Jing (MAS) mln Gideon markus Fernaldi/Aprilsasi Putri Lejarsar Veriella (INA).

-- BERNAMA

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top