Lee Chong Wei Juarai Terbuka Jepun

Mahsul Sejahtera
0
Lee Cong Wei
Di sebalik ketiadaan jurulatihnya, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap mampu memenangi Terbuka Jepun selepas menundukkan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21, 21-17 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Tokyo, semalam.

Rashid Sidek, yang tidak berada di Tokyo, meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara Khamis lalu.

“Berita ini memberikan sedikit impak terhadap permainan saya secara mental. Ia membuatkan saya berasa murung,” kata Chong Wei selepas menundukkan Tago dalam masa 55 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

“Beliau (Rashid) seorang rakan dan jurulatih yang sudah bekerjasama dengan saya selama 10 tahun. Sebab itu saya berasa sedih beliau terpaksa melepaskan jawatan,” katanya.

Chong Wei menjulang kejuaraan Terbuka Jepun buat kali keempat dan mengekalkan rekod sempurnanya selepas tidak pernah kalah kepada pemain nombor lima dunia Tago dalam 14 pertemuan sejak 2009.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top