Malaysia gagal bawa pulang Piala Thomas

Jakmas Car Rental
0
Terpaksa berpuashati selaku naib juara
Jepun mencatat sejarah baru dalam dunia badminton. Untuk kali pertama sepanjang sejarah , mereka berjaya menjuarai Piala Thomas selepas mengalahkan Malaysia 3-2 pada final di Siri Fort Indoor Stadium, New Delhi, India, malam tadi.

Takuma Ueda menjadi pemusnah harapan Malaysia apabila bermain tenang dan berjaya mengalahkan Daren Liew, 21-12 , 16-21 , 21-17. Sepanjang kejohanan ini, penampilan Daren Liew memang mengecewakan, dua kali bertanding dalam pusingan awal dan kalah semuanya.

Malaysia membuka peluang untuk meraih gelaran keenam atau yang pertama selepas 22 tahun, apabila Lee Chong Wei mudah menundukkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Sebahagian penyokong Malaysia di Sirri Fort Stadium

Namun, Jepun bangkit untuk mendahului Malaysia selepas memenangi dua perlawanan seterusnya melalui Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo dan Kento Momota.

Namun hasrat Jepun berjaya di sekat sementara apabila gandingan Goh V Shem / Tan Wee Kiong berjaya menundukkan Keigo Sonoda / Takeshi Kamura.

Dengan kedudukan 2-2, Ueda turun dan berjaya meraih kemenangan yang memastikan Jepun menjadi juara Piala Thomas 2014.

Jepun 3-2 Malaysia

Kenichi Tago vs Lee Chong Wei [ 12-21 , 16-21 ]
Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo vs Tan Boon Heong / Hoon Thien How [ 12-21 , 21-17 , 21-19 ]
Kento Momota vs Chong Wei Feng [ 21-15 , 21-17 ]
Keigo Sonoda / Takeshi Kamura vs Goh V Shem / Tan Wee Kiong [ 21-19 , 17-21 , 12-21 ]
Takuma Ueda vs Daren Liew [ 21-12 , 16-21 , 21-17 ]

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top